Tuan / Puan / Encik / Cik,
   
SEMINAR KECEMERLANGAN SUBJEK FIZIK TINGKATAN 4 & 5

Merujuk kepada perkara diatas, syarikat kami akan menganjurkan seminar kecemerlangan bagi subjek fizik khusus bagi tingkatan 4 & 5.

2. Tujuan kami menjalankan program ini adalah untuk memupuk minat para pelajar dalam matapelajaran Fizik. Program kami juga menekankan teknik-teknik menjawab yang betul dalam menjawab soalan-soalan Fizik. Selain itu, program kami juga melatih pelajar menguasai subjek Fizik agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang. 
 
3. Tentatif program kami bagi pelajar :

Tingkatan 4 ;

Bulan Perlaksanaan Program
Mac Sesi panduan belajar subjek Fizik
Jun Sesi teknik menjawab soalan-soalan Fizik
Ogos Sesi teknik cemerlang untuk SPM

 

Tingkatan 5;

 
Bulan Perlaksanaan Program
Mac – May Sesi teknik menjawab SPM
Jun – Julai Sesi Pecutan terakhir untuk SPM

Yuran pendaftaran : RM50(setiap sesi)
Bilangan peserta : 80 – 100 peserta
Tempat : Hotel berdekatan

5. Penceramah merupakan seorang guru cemerlang dan berpengalaman luas dalam matapelajaran Fizik. Bagi setiap sesi, pihak kami akan menyediakan modul beserta minuman ringan kepada setiap pelajar.

6. Syarikat kami juga akan mengendalikan sesi motivasi bagi subjek lain pada masa akan datang. Segala maklumat lain akan diberitahu oleh pihak kami kemudian. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan program, sila hubungi pihak kami.

gk_enterprise08@yahoo.com

Yang benar

Director,
Global Knowledge Enterprise.

1 comments:

msmiera tulip said...

tulisan gelap. cam ne nak bc.

VISITORS / PELAWAT

Website counter